Awak Suka Saya Tak

Drama Awak Suka Saya Tak

SEPTEMBER 12, 2017
Related image

Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita yang akan menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Membawakan gandingan utama iaitu Alvin Chong dan Emma Maembong. Drama 16 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin. Akan menemui penonton pada bulan September nanti. 

JUDUL : AWAK SUKA SAYA TAK ?
TARIKH / MASA : September 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Melur Jelita
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Mustapha Kamal, Fieza Jolie, Aman Aziz

WATAK PELAKON 
Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Puteri Intan Zulaikha
Sabhi Saddi sebagai Nazim
Rebecca Nur Al Islam sebagai Salina

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK
Kisah percintaan seorang gadis cantik bernama Puteri Intan Zulaikha seorang yang keras hati dan tidak mudah percaya dengan lelaki. Tanpa disedarinya ada seorang jejaka berketurunan cina yang telah memeluk agama Islam bernama Muhammad Hilman Yong telah lama menyukainya. Pelbagai insiden yang berlaku ketika detik-detik awal pertemuan pertama dan sehinggalah Hilman meluahkan isi hatinya Awak suka saya tak kepada Intan.
Namun kerana keegooan,  Intan telah  menidakkan perasaannya kepada Hilman. Selepas menyedari kesilapannya,  akhirnya Intan mengakui perasaannya kepada Hilman disebuah majlis pernikahan .Selepas itu mereka terpisah dan membawa haluan masing. Dan kemudian bertemu kembali dalam situasi yang tidak disangka-sangka selepas 3 tahun.

Segala salah sangka Intan selama ini kepada Hilman akhirnya terluah juga. Mereka berdua akhirnya bersetuju dan  mengikat janji bahagia untuk hidup  bersama menanti hari untuk disatukan dan bergelar suami isteri. Sayang manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak menentukan segalanya. Sekali lagi Puteri Intan Zulaikha kehilangan Hilman disaat hari bahagia mereka. Mengapa dan kenapa?? Adakah mereka ada jodoh atau sebaliknya...Sama-sama kita teruskan misi membaca…

gambar pelakon
Image result for sinopsis awak suka saya takImage result for sinopsis awak suka saya tak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Titian Cinta

Semusim Rindu